Wanita Itu
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم :)
Terkadang sesuatu perkara sangat sukar diungkapkan dengan ucapan, kata-kata.
Ia lebih mudah untuk ditulis, dikarang sekadar dan seadanya.
Buat hati yang remuk dan kecewa buat kesekian kalinya, percayalah pada-Nya
Akan ada kebahagiaan yang kau akan kecapi suatu hari nanti
Sabar lah dalam penantian yang panjang dan berliku ini
Setiap tangisan, keluh kesah dan kesakitan yang kamu rasakan dan adukan pada-Nya,
Yakinlah Dia Yang Maha Mendengar
Maka Dia sedang mendengar segala-galanya hatta sekecil-kecil perkara yang terlintas mahupun terbelenggu di dalam dada mu
Jangan terlalu diharapkan daripada manusia yang diciptakan pada dirinya sifat lemah
Jangan terlalu difikirkan tentang manusia yang membuatkan hati kamu sakit
Belajarlah daripada kesilapan lalu,
Kesilapan orang-orang yang sebelum ini pernah diceritakan
Belajar, faham dan jangan diulangi kesilapan yang sama
Jadilah wanita yang hatinya sentiasa damai dengan cinta kepada akhirat
Jadilah wanita yang jiwanya penuh dengan cita-cita yang murni dan bermanfaat
Jadilah wanita yang akalnya sentiasa cerdas dan dipenuhi dengan ilmu
Suatu masa nanti kamu akan menjadi seorang peguam, doktor, cikgu. Maka latihlah diri agar dapat menjadi seseorang yang bermanfat mulai sekarang supaya sifat itu dapat kamu semai sehingga ke alam profesion itu.
Suatu saat nanti kamu bakal menjadi seorang isteri kepada seseorang yang Allah takdirkan yang terbaik buat kamu, amal, dunia dan akhirat kamu maka diri kamu daripada sekarang harus diajarkan tentang sifat-sifat kekeluargaan, sabar dan tolak ansur supaya kelak rumah tangga yang dibina menjadi harmoni dan diredhai.
Suatu masa nanti kamu akan menjadi ibu, maka didiklah diri mulai sekarang agar dapat menjadi ibu yang kamu impikan buat diri kamu supaya kamu dapat jadi ibu itu kepada anak-anak kamu
"Suatu hari nanti kamu akan temukan seseorang yang akan membahagiakan kamu dan menjaga kamu"
Namun sebelum waktu itu tiba, jagalah diri kamu. Bahagiakanlah diri kamu sendiri.
Jangan digantungkan pengharapan itu pada manusia kelak kan membawa binasa.
Kerana kita takkan pernah tahu yang mana kan menjemput kita terlebih dahulu.
Ajal atau Jodoh?
Tetaplah berdoa moga Allah berikan segala yang terbaik buat diri kita di dunia yang fana ni
Supaya di akhirat kelak syurga firdausi buat kita semua.
CureButter,
Athrhlmj
Comments
Post a Comment