Satu Langkah

Bismillah
Do you know how its feel when you can't even forget something that hurted you so much before ?

Itulah perasaan yang aku pernah rasakan
That's feeling keep coming
Lagi lagi bila aku berada di situasi yang sama

Aku tahu ia perkara biasa yang perlu aku hadapi untuk jadi lebih kuat
Aku tahu

Tapi kadang kau dapat rasa betapa bodohnya kau bila ingat benda yang lama
Kau taknak salahkan sesiapa
Jadinya ? Diri kau yang menjadi mangsa.

Allah..
Please keep me in your rahmah
Don't leave me
and Don't even let me leave you

Cinta pada manusia itu tak perlu berlebihan
Cukup sekadar dan seadanya
Cinta itu Pemilik yang hakikinya ialah Dia

Selama-lamanya milik Dia
Jika datang yang lain dan kau sandarkan pada selain Dia,
Ketika itu datang satu perasaan
Perasaan kecewa
Agar?
Agar kau tahu betapa Allah tak suka jika kau berharap pada selain diri-Nya

Maka bergantung haraplah selama-lama pada diri-Nya
Tatkala sedih atau bahagia

Sentiasa lah mendahulukan redha-Nya dalam setiap perkara yang dilakukan
Cinta hamba-Nya?
Maka lebihkan lah cinta pada Tuhannya

Bahagialah dalam mencintai kerana Allah
Kerana akan kau tahu betapa banyaknya kejutan yang Allah sediakan untuk hamba-Nya
Yang sentiasa berharap pada-Nya semata-mata.

Mungkin yang kau rasakan sekarang adalah sebuah kekuatan untuk yang kedepan
Kau takkan pernah tahu apa rancangan Allah untuk kau
Tapi kau yakin Allah takkan menguji hamba-Nya melainkan apa yang hamba-Nya mampu

"Jika Allah kata kamu mampu,
Jadi mengapa perlu ragu-ragu"

Jadi bila Allah uji kamu, maksudnya Allah yakin pada kamu
Jadi kenapa perlu kamu rasakan diri kamu tidak mampu?
Yakinlah pada Allah
dan Yakinlah pada diri kamu sendiri

Jika takut untuk melangkah,
maka jadikanlah pasak kamu itu adalah kerana Allah semata-mata
Jadikan langkah pertama kamu untuk mendapat redha-Nya sahaja

Takut?
Moga Allah kuatkan hati kita yang sentiasa lemah
Kerana hati ini milik Dia, selama-lamanya menjadi hak Dia

Bismillah for a new journey

Comments

Popular Posts