احرص على قلبك

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم :)


Aku belajar satu perkara harini
Yelah, sebab setiap hari kan adalah pembelajaran
Aku belajar, kita jangan pernah letak dunia ni kat hati
NO NO and NEVER

Dulu memang selalu dengar benda ni, cuma ia sekadar lalu gitu
Tapi, Alhamdulillah dengan izin Allah, aku baca buku Reclaim Your Heart by Yasmen Mogahed
Baru chapter second pun tapi banyak input dapat dan aku boleh kaitkan, Alhamdulillah

Antaranya:
Dalam setiap perkara, hati kita selalu terikat pada apa atau siapa sebenarnya?
Contoh, dalam kita berhubungan, kadang kita sendiri tertanya, kenapa ya sakit sangat?
Kenapa ya macam asyik salah je? Kenapa dan kenapa?

Soalan tu kadang kita perlu tuju pada diri kita,
"Aku tahu aku salah tapi kat mana ya?"
Dan kita kena check balik hati kita.
Pada siapa dan apa sebenarnya ia bersandar dan terikat.
Pada manusia itu, atau Pemiliknya?

Andai kita kata Pemiliknya, percayalah hati tu sendiri akan sedar ia tak patut sesakit itu
Anda benar kerana Tuhannya, cara membawa cinta itu pasti yang membawa kepada keredhaan-Nya
Takkan lah Allah nak sakitkan hamba-Nya yang sedang berjuang.

Kita kena sedar, hati kita sakit sebab kita terlalu berharap pada dunia.
Tanpa kita sedar, kita seakan menganggap dunia ini akan kekal
Sedangkan ia bersifat sementara
Kita terfikir bahawa kesempurnaan adalah segala-galanya
Dan terkadang tanpa kita sedari kita menganggap sifat dunia ini sama seperti akhirat

Ya, terkadang kita sedar dan tahu
 "DUNIA INI SEMENTARA"
"LETAK DUNIA PADA TANGAN BUKAN HATI"

Ya, kita tahu dan sedar namun perilaku kita?
Hati kita?
Hati adalah raja pada badan kita.
Jika ia baik, maka baiklah seluruhnya
Namun jika tidak, maka begitulah sebaliknya.

Aku faham perasaan melepaskan sesuatu yang tidak kita redhai
Namun aku juga belajar perasaan meredhai sesuatu kerana Allah

Kita sedar tak bila Allah ambik sesuatu daripada kita, itu tanda Allah sayang pada kita
ArRahman ArRahim
Dia tak pernah zalim terhadap hamba-Nya
Yang zalim sebenarnya adalah diri kita sendiri

Terlampau terikat dengan sesuatu selain Allah
Sampai lupa diri tu hanya hamba

Boleh jadi apa yang Allah ambil
Allah akan pulangkan kembali
Namun, kita kena tahu dan sedar
Boleh jadi Allah pulangkan dalam bentuk asalnya atau yang lebih baik

Apa yang Allah takdirkan untuk kita takkan pernah sia sia tanpa sebab
Pasti ada sesuatu yang Allah nak kita belajar
Tapi, ketahuilah juga kita bahawa semua asbab kepada tujuan dia pasti satu

UNTUK KITA KEMBALI DEKAT KEPADA ALLAH
UNTUK KITA MAKIN PERCAYA DENGAN ALLAH
UNTUK KITA SEDAR ALLAH ITU MAHA KUASA

Satu itu yang tepatnya ialah Allah

Terkadang juga Allah ambil sesuatu itu
Supaya kita lebih menghargai ia
Atau ketika itu kita terlupa niat asal kita
Atau mungkin kerana hati terlalu terikat dengan ia
Dan ianya akan membinasakan diri kita

Bila tiba waktunya,
Allah pasti akan pulangkan
Lebih baik atau dalam bentuk asalnya

Lain daripada itu pasti ada, cuma kita nak cari atau tak je
Apa apa pun yakin dan percayalah dengan Allah :)

والله أعلم بالصواب

xoxo
Athrhlmj



Comments

Popular Posts