Bukan Selamanya

 بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم :)

Here I am, lepas beberapa ketika mengambil masa untuk diri sendiri
Mengambil masa untuk bertenang, diam dan berfikir.
Mungkin juga sekarang ni dalam fasa menerima.

Menerima segala apa pun rasa yang diri ini ingin rasakan
Sakit, penat, kecewa dan sebagainya

I would like to share tentang satu talk yang saya join Sabtu lepas.
Talk anjuran Iman Publication.

I dont know why actually rasa nak join talk tu sebab sebelum ni kalau nak join pape talk rasa malas dan takut.
Takut sorang-sorang. Tapi, lepas je tengok iklan talk tu terus rasa "why not? hati ni pun dah lama tak diisi" walaupun sebenarnya masa tu tengah busy study, struggle siapkan kerja pe semua. Tapi just daftar
Saya suka semua orang punya pengisian dan semua pengisian sangat related dengan satu sama lain.
I love everyone punya point and there's some point yang masih terngiang-ngiang dalam kepala yang buat saya rasa itu adalah pesanan untuk situasi saya sekarang.

So let's get to the point.
"If you seek to avoid pain, you seek to avoid growth" - Ustaz Mizi Wahid
Kita kadang terlupa, dunia ni tempatnya sementara. Bila mana kita terlalu selesa dengan dunia ni dan rasa ianya abadi, maka ketika itu, Allah hantarkan ujian. Ujian untuk kita kembali ingat, dunia ini tidak abadi. Akhirat itu yang kekal abadi dan pasti. Kesakitan yang kita rasa ketika itu, akan buat kita belajar untuk lebih tabah dan beringat bagi hari akan datang. Kita belajar daripada kesilapan, ambil pengajaran, cuba buat kesimpulan dan kemudian kita membesar. Menjadi manusia yang lebih matang, lebih berjaya dan yang lebih penting ialah lebih dekat dengan Sang Pencipta.

Jadinya, bila mana saya teringat kata-kata tu, saya jadi teringat dengan satu bacaan daripada Ustaz Pahrol. Dalam buku tu kata ujian yang kita hadapi kat dunia ni, macam ujian dalam kelas. Bila guru nak mengajar sesuatu tajuk, guru biasanya takkan bebetul berani untuk beralih ke tajuk yang seterusnya kalau kita belum bebetul faham tajuk tu. Guru akan cuba bagi latihan, nota dan soalan untuk menguji tahap kefahaman kita. Baru lah guru yakin untuk beralih ke tajuk yang seterusnya. Bila kita ambil ujian untuk akhir tahun atau sem, kita kena pass baru boleh lepas ke tahun atau sem tersebut. Kalau tak? We will stuck there. Repeat sem, repeat subjek tu. Macam tu juga dengan kehidupan. Bila kita tak belajar daripada satu ujian tersebut, ujian yang sama akan datang semula untuk menguji kita sampai kita bebetul belajar dan faham.

 Menyesal, putus asa,marah kecewa itu perkara biasa yang kita rasa lepas dapat keputusan exam yang kita tak harapkan. Tapi persoalannya ialah bukan pada kenapa kita rasa tu semua. Tapi bagaimana kita nak hadapi atau cope all of that things. Makin lambat kita belajar, makin lambat kita graduate.

Someone ada tanya Encik Akif Basri,seorang psychologist macam mana dia comfort kan diri dia sendiri dan jawapan dia sangat mudah dan ringkas,
"By knowing yourself, "your ownself". That's how we cope, that's how we explain to people"
 Kita nak comfort kan orang lain pun kita kena belajar macam mana orang tu sebenarnya. Ini kan untuk comfort diri kita sendiri. Kita tak boleh mengharapkan datang orang lain untuk ada sentiasa untuk kita. Tenangkan kita, being there for us, pujuk kita, and all of that things. Kita tak boleh. Dia manusia, ada batasnya sebagai hamba dan kita juga manusia. Jadi kita tak boleh nak marah someone just because of that. Kita ada Allah. Kita kena kenal diri kita sendiri dulu. If something bad happen, atau kita rasa down, sedih atau sebagainya apa yang kita selesa untuk diri kita? Tidur? Nangis? Jogging? Lari daripada bilik ke dapur? Just do it. Asalkan benda tu tak melanggar syara'. Take time untuk diri kita sendiri bertenang. Supaya kita dapat berfikir dengan baik. Kalau ketika itu, masalah kita adalah dengan manusia, then explain to them. "I need a time. Sorry." Its okay, mereka akan faham. Kalau mereka tak faham? Biarkan. But first, take care of yourself first. Kena ingat, mereka emosi kita juga emosi. Jadi dua-dua perlukan waktu. Cuma, jangan pergi dan menghilangkan diri tanpa khabar. Person need an explanation. 

There's a point from Aiman Azlan:
"The responsible person will do the best for themselve" 
Bila ada kesakitan, mesti ianya adalah disebabkan luka, wound. What the best things, to cover that wound? Kita kena tahu, luka tu bukan pada luaran atau fizikal. Ianya ada di dalam. Kita bukan milik kita. Kita adalah milik Dia. Maka, kembali pada Sang Pencipta. Jangan tutup luka tu dengan kata "No, I am okay. Tak sakit pun." No, we should not do that. Kita kena akui. Benda tu sakit. Kita terluka. Kalau taknak akuinya pada orang lain, sekurangnya akui lah pada diri sendiri bahawa kita sebenarnya terluka. Ambiklah satu hari untuk kita not cover up that wound. Mungkin bila kita buka "cover" tu, baru kita sedar luka tu bukan makin baik, tapi makin parah. 

"Have a better relationship with your scars or wound."-Ustazah Liyana Musfirah
Then, you will know how to take care of it. 

 Ada satu equation yang Encik Akif Basri share:

Adaptability = Purpose + Inquisitiveness +Resilience / Threat

Apa maknanya? 

Encik Akif Basri ada terangkan tentang perubahan yang biasanya berkait dengan "plan" and "unplaned". Bila mana perubahan tersebut adalah daripada "plan" kita, kita akan mudah untuk menerima atau adapt. Jaranglah bila kita dah plan sesuatu, then perubahan yang terjadi mengikut daripada apa yang kita plan, kita akan rasa sedih, frust, kecewa, down and semuanya yang berkaitan. Tapi, bila sesuatu perubahan tersebut tidak termasuk dalam benda yang kita plan atau dengan makna lainnya, ianya adalah "unplanned", kita akan rasa semua perasaan sedih tersebut. 

So how we want to adapt that unplanned change too? Secara psikologi nya, ialah dengan equation tersebut. 

Purpose - makna, tujuam, matlamat. 
Kita kaitkan dengan purpose in life kita supaya kita tabahkan diri.

Inquisitiveness- Prepare mindset sebelum terjadi, bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Always prepare dengan banyak plan. Supaya kita lebih bersedia dan tersedia.

Resilience- bangkit bila jatuh

Threat- triggers yang mengganggu

Makanya, cara untuk kita adapt, adalah dengan menambah purpose, inquisitiveness dan resilience dan mengurangkan threat.

It is okay kalau kita rasa kita lambat lagi nak sampai ke goals duniawi yang kita idamkan berbanding orang lain. Yang penting ialah, adakah kita makin dekat goals tersebut atau tidak. Percayalah, segala cabaran ujian yang kita hadapi sekarang adalah untuk sampai ke goals tersebut dengan lebih bersedia dan lebih baik, supaya kita dapat jadi manusia yang terbaik buat Dia. 

Kalau takde orang yang cakap kat awak perkara ni, let me tell you this, 

You are awesome. Kesakitan yang kamu rasakan tu sifatnya sementara kerana kita di dunia yang bersifat sementara. Hadapi lah ia walaupun berseorangan dengan keyakinan, ada Allah yang akan sentiasa menemani kita tempuhi ia. Chin up! You'll be there 😊


Curebutter.

Comments

Popular Posts