Why?
Hidup ni sesuatu yang sangat misteri bukan?
Kita bahagia, kita sedih, kita kecewa
Semuanya tertumpu pada kita.
Kita bahagia, kita sedih, kita kecewa
Semuanya tertumpu pada kita.
Satu kesilapan boleh mengubah semuanya. Cara kita berfikir, cara kita hidup. Mereka keep on ulang "semua benda jadi kan ada hikmah". Tapi hikmah apa kalini yang perlu aku kutip? Hikmah apa yang perlu aku faham atas segala dosa yang aku lakukan?
Dalam 22 tahun aku hidup, aku cuba menjaga diri aku, cuba mencari versi yang terbaik, berlawan dengan kata-kata orang dan perasaan sendiri, impian, keinginan semuanya aku karang dengan sangat baik. Tapi, dalam masa setahun, semuanya seakan musnah. Hancur. Rapuh. Yang aku cari cuma rasa sayang. Aku cuma ingin disayangi, dihargai, mencintai dalam versi yang terbaik. Tapi kenapa aku? Kenapa semua ini perlu aku rasakan?
Untuk teruskan hidup dalam rasa begini, sangat memenatkan. Tak tahu jalan mana yang perlu diambil agar semuanya baik-baik sahaja dan kembali pulih. Mereka juga kata "ujian hebat untuk orang hebat". Sedangkan aku tidak.
Comments
Post a Comment