Pulang
It had been a few years since then.
Here I am masih dengan ujian yang sama.
Aku tahu orang lain kena uji lebih teruk dari aku.
Tapi aku melihat diri aku yang kini dengan diri aku yang lama.
5 years sebelum semua ini mula terjadi.
2020 hingga 2025 bukan tahun yang sekejap.
Sangat lama untuk aku.
Macam-macam sepatutnya boleh jadi dan sudah terjadi.
Macam-macam boleh diubah sekiranya tekad aku kuatkan sedikit.
Mereka kata tidak mengapa.
Sedangkan aku masih tersekat dengan diri aku yang bertahun lamanya
Mereka tak tahu dan aku takkan pernah ingin mereka tahu
Kesilapan aku, kekesalan aku.
Mereka tak perlu tahu.
Tuhanku.
Aku lemah selemah-lemahnya
Aku dosa sebanyak-banyaknya
Namun kau tidak menakdirkan aku mati dalam keadaan dosa tersebut
Kau tak biarkan aku sakit akibat aib aku kau buka
Kau tak biarkan takdir yang teruk untuk aku bertahun-tahun
Kau izinkan aku hidup seperti mana aku doakan sebelum ini
Kau izinkan aku hidup dengan senyuman dan bukan air mata yang berpanjangan.
Dalam tahun-tahun itu hanya sedikit sahaja kau uji aku dengan air mata. Selebihnya Kau biarkan aku dalam bahagia.
Namun, kau tidak pernah tinggalkan aku.
Kau tarik aku setelah aku meminta dalam sujudku yang sesaat,
Kau tarik aku setelah aku meminta dalam detik hati aku yang seketika,
Kau tarik aku setelah aku meminta pada-Mu Tuhanku dalam keadaan aku yang penuh noda dan dosa
"Allah, aku rindu untuk kembali pada-Mu. Aku dah taknak hidup aku begini lagi."
Kau tidak tunggu lama.
Kau tarik aku serapat sedekatnya pada-Mu
Kau tarik rasa itu dari orang yang paling aku dambakan.
Kau tarik rasa itu dari orang yang paling aku berharap dan bergantung.
Kau kembalikan aku dalam pelukan hidayah-Mu
Walaupun payah aku yang bertahun hidup begini.
Kau masih bagi aku peluang untuk rasakan sesalan terhadap dosa dan perbuatanku
Kau masih bagi diriku peluang untuk merasakan iman yang sekelumit ini
Tuhan, terima kasih mengizinkan rasa ini.
Sungguh aku rindu.
Aku rindukan kamu.
Comments
Post a Comment